ast loading screen spinner image

BICARA BUDIMAN: SARKASI SAID - WORDS OF WISDOM

Pak Sarkasi Said 1 Pak Sarkasi Said 2 Pak Sarkasi Said 3

Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menerbitkan buku dan video Bicara Budiman Sarkasi Said. Bahan ini merupakan usaha MLCS untuk merakam dan mendokumentasi perjuangan dan pengalaman Pak Sarkasi Said dalam membina dan memperkaya diri dalam seni batik. Buku ini mengandungi transkrip rakaman wawancara video beliau mengenai latar belakang kehidupan, pendidikan, perjuangan, buah fikiran, pandangan, falsafah dan harapan beliau sebagai anak seni dan seniman agung batik.

MLCS menggalakkan para guru untuk menggunakan Bicara Budiman Sarkasi Said sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi pelajaran bahasa Melayu. Sebagai usaha sokongan, MLCS telah membina Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah dan Maktab Rendah) Bicara Budiman Sarkasi Said untuk kegunaan para guru dan pelajar. Bahan ini menyediakan beberapa saranan dan contoh bagaimana guru boleh membina aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan bahan Bicara Budiman Sarkasi Said secara berkesan dan menyeronokkan.

Semoga penghasilan bahan ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan pencetus idea demi merangsang para guru dan para pelajar untuk mempelajari, mengenali dan menghargai Sarkasi Said sebagai pelukis batik tersohor Singapura.

Berikut bahan-bahan yang telah diusahakan bagi kegunaan para guru dan pelajar:

1. Buku Bicara Budiman Sarkasi Said 

2. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Menengah dan Maktab Rendah Bicara Budiman Sarkasi Said

Berikut ini pula merupakan klip-klip video wawancara Bicara Budiman Sarkasi Said.

  • Segmen 1 - Budi
  • Segmen 2 - Batik
  • Segmen 3 - Budaya
  • Video ringkas tentang Sarkasi Said