ast loading screen spinner image

Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pusat Bahasa Melayu Singapura

Pusat Bahasa Melayu Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada 23 November 2020. Tetamu Terhormat Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pusat Bahasa Melayu Singapura ialah Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal luar. Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10, MLCS telah mengundang tiga pensyarah untuk menyampaikan kertas ucaptama yang disiarkan secara langsung menerusi sesi webinar. Sambutan ulang tahun ini diikuti oleh sekitar 440 peserta dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Australia dan Jepun.

Berikut merupakan slaid pembentangan para ucaptama semasa majlis tersebut:

  1. Melentur Buluh Pengguna Bahasa Melayu’ oleh Dr. Raudhah Yahya, Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-kanak (NIEC)
  2. Mengajar Bahasa Melayu Kepada Pelajar Bukan Penutur Jati’ oleh Profesor Dr. S. Vijayaletchumy, Universiti Putra Malaysia
  3. Bahasa Dijunjung, Guru Disanjung’ oleh Dr. Mohamed Fatris Bakaram, Mantan Mufti Negara Singapura