
Wayang Kulit amat jarang dipersembahkan dan dibincangkan di dalam konteks budaya Melayu Singapura. Namun, wayang kulit sebenarnya berpengaruh besar dalam membentuk falsafah dan kosmologi masyarakat Melayu. Antaranya termasuklah penekanan terhadap sikap rendah hati Pak Dogol dan Semar dalam wayang kulit Melayu dan Jawa, serta pohon budi sebagai lambang alam semesta.