ast loading screen spinner image

e-MTLS (e-Simposium Bahasa Ibunda) 2022

Alam Bersulam Bahasa

Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) terlibat secara langsung dalam e-MTLS atau e-Simposium Bahasa Ibunda anjuran Kementerian Pendidikan Singapura, MOE. MLCS menyokong usaha untuk mempromosikan dan menggalakkan penggunaan dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid TADIKA atau prasekolah.

 

Alam Bersulam Bahasa’ merupakan tajuk e-pameran MLCS sempena simposium kali ini. Bagi menyemarakkan usaha ini, MLCS telah menyediakan beberapa aktiviti menarik dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat TADIKA. Melalui pendekatan dan aktiviti yang merangsang pelibatan murid, diharapkan murid-murid TADIKA akan mengenali bahawa pembelajaran bahasa Melayu bermula dengan mengenali alam semula jadi di sekeliling mereka.

 

Aplikasi Pendidikan Bahasa Melayu