ast loading screen spinner image

SEMINAR BAHASA MELAYU 2019

Pusat Bahasa Melayu Singapura akan menganjurkan acara tahunan Seminar Bahasa Melayu pada Selasa, 19 Mac 2019. Prof Madya Dr Norliza Jamaluddin, Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia diundang untuk menyampaikan ucaptama dalam seminar tersebut. Tema bagi Seminar Bahasa Melayu 2019 ialah Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu di Singapura. Selain dapat mengikuti pembentangan yang disampaikan oleh penyampai ucaptama, para peserta seminar juga berpeluang untuk mengikuti 50 pembentangan para guru mengenai kajian berasaskan bilik darjah yang telah mereka laksanakan dan 10 reruai pameran mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Singapura.

Semua guru bahasa Melayu di Singapura diundang untuk mengikuti seminar ini. Sila klik pautan ini untuk memuat turun borang penyertaan.

Terima kasih.