ast loading screen spinner image

Bengkel Kendalian Guru

Bengkel Kendalian Guru merupakan bengkel yang dijalankan oleh guru-guru BM untuk guru-guru BM yang lain. Guru-guru BM yang telah menjalankan strategi atau kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan berkesan dibimbing dan disokong oleh Guru Pakar untuk menjalankan kursus buat guru-guru BM yang lain. Bengkel-bengkel ini merupakan satu usaha untuk memupuk dan membina budaya belajar bersama dalam kalangan guru-guru BM. 

Antara kursus kendalian guru yang dijalankan adalah seperti yang berikut:

1. Menggunakan Imejan untuk Pengajaran Peribahasa

2. Pendekatan Kolaboratif bagi Pengajaran Penulisan Naratif

3. Mari Bertutur: Penggunaan App Cerita Rakyat Nusantara bagi Kemahiran Interaksi Lisan

4. Pengajaran Kata Majmuk Menggunakan Penilaian Pembelajaran

5. Penggunaan Rutin Berfikir untuk Merangsang Kemahiran Interaksi Lisan

6. Visible Learning atau Pembelajaran Jelas dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis