Program Persidangan Serantau
Program Persidangan Serantau merupakan inisiatif MLCS untuk memberi peluang kepada para guru Bahasa Melayu Singapura untuk berkongsi dan membentangkan kajian-kajian yang mereka jalankan di bilik darjah dengan para pendidik di rantau ini termasuklah di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Program ini ditaja oleh Jawatankuasa Penggalakan Pembelajaran Bahasa Melayu atau Malay Language Learning Promotion Committee.
Menerusi program ini, para guru Bahasa Melayu Singapura berkongsi perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura dengan para pendidik di negara-negara jiran. Di samping itu, para guru yang mengikuti program ini turut menjalin hubungan dengan para pendidik, pensyarah, pakar dan juga para guru dan bertukar-tukar idea tentang perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya dan juga bindang pendidikan bahasa umumnya.