ast loading screen spinner image

Ceramah Arif Budiman

Ceramah Arif Budiman (CAB) merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada guru, pelajar, ibu bapa dan penggiat bahasa untuk menimba ilmu daripada pakar serantau dan antarabangsa mengenai perkembangan terbaharu berkenaan bahasa, sastera, nilai, sejarah, adat dan budaya Melayu.

Siri ceramah ini telah melibatkan pensyarah tersohor dan penyertaan aktif para guru dan pelajar.

Objektif CAB adalah seperti yang berikut:

  • meningkatkan pengetahuan masyarakat Melayu tentang Bahasa dan budaya Melayu;
  • memperkaya dan memperkasakan masyarakat Melayu dalam menggunakan dan melestarikan Bahasa dan budaya Melayu; dan
  • menyediakan ruang dan peluang bagi masyarakat Melayu untuk mendapatkan pengetahuan daripada pakar tentang perkembangan Bahasa, budaya, nilai, sastera, sejarah dan adat Melayu.
IMG_5610

Ceramah Arif Budiman Ke-18, 23 September 2022

Tajuk: Yang Terbilang dan yang Hilang: Menelusuri Sejarah Awal dan Perubahan Peranan Bahasa Melayu Melalui Penamaan dan Peristilahan di Singapura

Penceramah: Dr. Imran Tajudeen

Pensyarah Kanan, Universiti Nasional Singapura

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

Slaid Pembentangan: Sila klik pautan berikut untuk mendapatkan slaid pembentangan Dr. Imran Tajudeen.

Abstrak: Klik pautan berikut untuk mendapatkan abstrak pembentangan Dr. Imran Tajudeen.

Siri Ceramah Arif Budiman yang lalu ...

2021

img_1759
Ceramah Arif Budiman Ke-17, 02 Julai 2021

Tajuk: Bahasa Liberatif dalam Lingkungan dan Sejarah: Potensi dan Hambatan

Penceramah: Dr. Azhar Ibrahim Alwee

Pensyarah, Universiti Nasional Singapura

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

2020

20200221-IMG_2086

Ceramah Arif Budiman Ke-16, 21 Februari 2020

Tajuk: Masa Depan Bahasa Melayu Di Nusantara

Penceramah: Prof Datuk Dr Awang Sariyan

Penyandang Kursi Za'ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

2019

Ceramah Arif Budiman

Ceramah Arif Budiman Ke-15, 12 Julai 2019

Tajuk: Singapura Sebelum Raffles

Penceramah: Prof Madya Dr Farish Ahmad Noor

Sekolah Pengajian Antarabangsa, S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

2018

CAB_14

Ceramah Arif Budiman Ke-14, 20 Julai 2018

Tajuk: Naratif Melayu Singapura: Cabaran Berbahasa

Penceramah: Encik Sidek Saniff

Mantan Menteri Negara Kanan, Singapura

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

2016

CAB_13_1

Ceramah Arif Budiman Ke-13, 20 Mei 2016

Tajuk: Naratif Melayu Singapura: Cabaran Berbahasa

Penceramah: Profesor Dr Mikihiro Moriyama

Jabatan Pengajian Asia, Universiti Nanzan, Jepun

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

2015

CAB_12_6

Ceramah Arif Budiman Ke-12, 19 September 2015

Tajuk: Orang Melayu dan Tamdun Melayu dalam Historiografi Melayu Islam (kurun ke-13 hingga ke-19)

Penceramah: Profesor Dr Tatiana Denisova

Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS)

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

CAB_11_6

Ceramah Arif Budiman Ke-11, 14 Februari 2015

Tajuk: Nilai-nilai Asas Jati Diri Melayu Sebagai Perekat Kehidupan Bermasyarakat Berbangsa dan Bernegara

Penceramah: Datuk Al Azhar

Ketua Umum  Dewan Pimpinan Harian

Lembaga Adat Melayu, Riau, Indonesia

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

2013

CAB_10_2

Ceramah Arif Budiman Ke-10, 21 September 2013

Tajuk: Takkan Melayu Hilang di Dunia: REaliti dan Harapan

Penceramah: Profesor Dr Arndt Graf

Goethe-University Frankfurt, German

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura

CAb_9_5

Ceramah Arif Budiman Ke-9, 23 Februari 2013

Tajuk: Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu: Perkembangan Hubungan dan Masa Depannya

Penceramah: Profesor Dr Mahsun

Kepala, Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa,

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia

Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura