ast loading screen spinner image

Seminar Bahasa Melayu

 

SEMINAR BAHASA MELAYU 2021

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) akan menganjurkan acara tahunan Seminar Bahasa Melayu pada Selasa, 16 Mac 2021. MLCS telah mengundang Profesor Madya Dr. Salinah Ja’afar dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebagai penyampai Ucaptama bagi seminar tersebut. Buat julung-julung kalinya, MLCS akan mengajurkan seminar kali ini secara langsung menerusi sidang Zoom.

Selain itu, para peserta seminar berpeluang untuk mengikuti 47 pembentangan para guru dari sekolah rendah dan menengah secara langsung semasa sesi sidang selari berkaitan dengan tema seminar iaitu "Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa".

Catatan: Kandungan buku prosiding akan dimuat naik di laman web ini selepas seminar ini berlangsung.