PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS ATAU PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL
Guru boleh mengikuti program pembangunan profesional atau kursus yang dianjurkan oleh MLCS melalui dua cara.
Permohonan melalui TRAISI / OPAL
Kursus kendalian MLCS bagi Penggal 3 & 4 telah dimuat naik di platform TRAISI / OPAL. Informasi berkaitan kursus tahun 2020 telah juga dimuatnaikkan di laman web MLCS. Cikgu boleh memohon untuk mengikuti kursus MLCS melalui TRAISI.
Nota: Permohonan melalui TRAISI akan digantikan sepenuhnya oleh sistem OPAL2.0 menjelang tahun 2020. Semua kursus anjuran MLCS juga akan turut dimuatkan dalam sistem OPAL2.0