ast loading screen spinner image
Puan Siti Faridah

Cikgu Siti Faridah

Guru Pakar

Cikgu Siti Faridah Omar telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 27 tahun. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru selama 7 tahun di Sekolah Rendah West Lake dan North View. Kemudian, beliau bertugas di Sekolah Menengah Woodgrove selama 13 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Bahasa Ibunda selama 14 tahun. Beliau meraih ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu pada tahun 2000 daripada Universiti Malaya. Beliau juga telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) di NIE-NTU pada tahun 2013. Cikgu Siti Faridah pernah berkhidmat sebagai Ketua Kelompok bagi Zon Utara 5 dan Utara 7 sepanjang penglibatan beliau di peringkat sekolah. Beliau juga melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa bagi Pakej Jauhari (Menengah) dan kumpulan Sokongan bagi Program Dwimingguan Peringkat Nasional. Pada 2014, beliau mula bertugas sepenuh masa sebagai Jurulatih Pusat dan kemudian dilantik menjadi Guru Pakar pada 2017 di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Antara bidang yang menjadi kecenderungan beliau ialah aspek pedagogi seperti Pengajaran secara Eksplisit dan Pengajaran Pembezaan manakala Kajian Pembelajaran merupakan suatu pendekatan baharu yang masih ingin diterokai dan didalami.