ast loading screen spinner image
Puan Haryati Surana

Cikgu Haryati Surana

Guru Pakar

Cikgu Haryati Surana telah berkecimpung dalam kerjaya guru semenjak tahun 1993 setelah mendapat Diploma Pendidikan dari NIE-NTU. Selepas itu beliau meningkatkan diri dan menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Melayu dari Universiti Malaya pada tahun 2006. Seterusnya beliau meraih Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu pada tahun 2013. Semasa berada di sekolah beliau pernah memegang jawatan Ketua Subjek Bahasa Melayu. Kemudian beliau dilantik menjadi Guru Kanan (Research, Pedagogy dan Assessment) pada tahun 2015. Tahun seterusnya, beliau dilantik sebagai Guru Peneraju Bahasa Melayu dan Guru Pakar pada tahun 2018.

Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah membimbing guru dalam menjalankan beberapa teknik membaca untuk pelajar lemah. Beliau juga berkongsi strategi pengajaran kefahaman subjektif di sekolah-sekolah. Beliau meneraju guru-guru dalam penggunaan rutin berfikir dalam interaksi lisan dan karangan di sekolahnya. Selain itu, beliau juga telah meneraju guru-guru di sekolah dalam bidang penilaian formatif (TLC-FA dan DTLC-FA).

Cikgu Haryati amat berminat mencuba pelbagai strategi untuk meningkatkan prestasi pengajaran dalam Bahasa Melayu. Strategi-strategi ini pernah dikongsi dengan guru-guru Bahasa Melayu semasa di Seminar Bahasa dan persidangan di luar negeri.