ast loading screen spinner image
Encik Muhd Jailani Abu Talib

Cikgu Muhd Jailani Abu Talib

Jurulatih Pusat

Cikgu Muhammad Jailani mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2012 dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Teck Whye dan Sekolah Menengah Bukit View. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kepujian Tinggi) daripada Universiti Malaya pada tahun 2011. Pada tahun 2017, beliau memperoleh Ijazah Sarjana dari Universiti Teknologi Nanyang. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang Pengkaji di Universiti Teknologikal Nanyang, Pereka Grafik di Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB), Penulis Jemputan di Berita Harian dan Editor di Syarikat Penerbitan PTS. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif, yang mencakup hal-hal kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Cikgu Jailani merupakan penerima Anugerah Pena Emas (2009), Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong (2016) dan Anugerah MAS (2016). Beliau menerbitkan buku, Susur Pendekar (2011) dan aktif selaku Guru Muda bagi Perguruan Silat Sendeng Sekilas. Selain itu, beliau juga menerima pentauliahan daripada Microsoft Academy sebagai Microsoft Innovative Educator (2017) dan Pelatih MIE (2017). Cikgu Jailani kini berkhidmat sebagai Jurulatih Pusat, di Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru Singapura.