ast loading screen spinner image
Encik Muhamad Rafi Abu Bakar

Cikgu Muhamad Rafi Abu Bakar

Guru Pakar

Cikgu Rafi mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1993. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) di NTU/NIE pada tahun 2003 dan peringkat Sarjana pada tahun 2010 daripada universiti yang sama. Beliau berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Cikgu Rafi pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan (PE/CCA, Bahasa Ibunda dan Disiplin) semasa mengajar di sekolah rendah dan menengah. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancangan Kurikulum sebelum dipindahkan ke Pusat Bahasa Melayu Singapura. Cikgu Rafi mempunyai pengalaman membina kurikulum dan membina bahan buku teks sekolah menengah sewaktu bertugas di Kementerian Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Guru Pakar pada tahun 2012. Bidang yang beliau terajui dalam pendidikan guru ialah penulisan, kajian pengajaran, literasi visual, teknik-teknik penyoalan dan pembinaan bahan app e-buku.