ast loading screen spinner image
Encik Arshid Abdullah

Cikgu Arshid Abdullah

Guru Pakar

Cikgu Arshid Bin Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1991. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kepujian Tinggi) dari Universiti Malaya pada tahun 1999. Pada tahun 2003, beliau memperoleh Ijazah Sarjana (Linguistik) dari Institut Pendidikan Nasional Singapura / Universiti Teknologi Nanyang. Cikgu Arshid pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani  (HOD/PE) di Sekolah Rendah Qifa dan Ketua Subjek Bahasa Melayu di Sekolah De La Salle. Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Pendidikan Teknologi (ETD) pada tahun 2003.  Pada tahun 2007 beliau mula bertugas di Sekolah Fairfield Methodist  (Rendah) dan mula berkhidmat sebagai Guru Kanan pada tahun 2010. Di samping itu, beliau juga bertugas sebagai Ketua Kelompok S2, Ketua Zon Selatan dan jurulatih sokongan di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Beliau berkhidmat sebagai Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura.