ast loading screen spinner image

Centre Director

Centre Director's Message

Salam sejahtera kepada para guru budiman.

Alhamdulillah, tahun akademik 2020 merupakan tahun ke-10 Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) menawarkan dan menjalankan program pembangunan profesional bagi guru-guru Bahasa Melayu Singapura.

Sambutan para guru bagi program MLCS terus membanggakan. MLCS mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru atas sokongan padu yang diberikan kepada setiap kursus dan program pembangunan profesional yang dianjurkan. Hal ini menunjukkan iltizam dan kesungguhan guru Bahasa Melayu untuk terus memperkaya ilmu dan mempertingkatkan kemahiran demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di negara kita. Kami amat menggalakkan para guru menggunakan ilmu yang telah diraih di sekolah dan kelompok sekolah masing-masing.

MLCS menyokong padu seruan MOE untuk “Memeluk Akar Kita: Belajar Bahasa untuk Kehidupan” dengan terus menyegarkan kurikulum kita dan menyokong guru dengan meneguhkan “Kemahiran Skillsfuture”. MLCS telah menawarkan kursus MTV, STP dan SLS kepada guru.  Tahun ini, MLCS akan membimbing guru berkaitan ‘Pembelajaran Berasaskan Inkuiri’, ‘PdP Berkesan Menggunakan SLS Modul 2’, ‘Pembelajaran Pembezaan’ dan ‘Penilaian Formatif’. Tajuk-tajuk tersebut adalah selaras dengan saranan MOE dan AST.

 

MLCS adalah milik kita bersama, dan aset bersama ini perlu tekal relevan dalam usahanya memperkasakan guru, mempercekap pelajar dan memperkaya kurikulum.  Lantas, kami amat mengalu-alukan maklum balas dan saranan para guru bagi mencapai matlamat tersebut. 

 

Marilah kita merapatkan barisan untuk terus membudayakan kecemerlangan profesional dan mengukuhkan bahasa Melayu, lambang jati diri kita.

 

Guru cemerlang, pelajar budiman.

 

Mohamed Noh Daipi

Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura

Akademi Guru Singapura

Kementerian Pendidikan Singapura

English Version