
Pusat Bahasa Melayu Singapura
About the Centre
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) melaksanakan tugas teras untuk memperkasakan guru, mempercekap pelajar dan memperkaya kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura.
MLCS menyediakan dan melaksanakan pelbagai program pembangunan profesional guru termasuk kursus, bengkel, Seminar Bahasa Melayu, Ceramah Arif Budiman, Program Penyerapan dan Program Persidangan Serantau. MLCS juga membimbing guru melaksanakan kajian bilik darjah. MLCS memperkaya kurikulum dengan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk bercetak dan bahan berasaskan ICT.
Program pementoran juga disediakan bagi guru-guru yang
berpotensi menjadi Guru Kanan, Guru Peneraju atau Guku Pakar untuk membimbing guru-guru lain.
MLCS juga akan membimbing guru-guru dalam menjalankan kajian tindakan dan membina bahan pengajaran bersama-sama seperti pengajaran yang berasaskan ICT ataupun
Kurikulum Berasaskan Sekolah yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran para pelajar di sekolah.
Selain itu, MLCS juga berperanan sebagai pusat sumber yang akan menyimpan bahan bercetak, bahan budaya dan bahan-bahan IT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.